I LOVE YOU |MAK| ABAH|ABANG|KAKAK|
assalamualaikum.. (waalaikumsalam)
aku... hmm... ok aku sedih.. bila ade org sedih.. even aku tak kenal dia sekalipon,
tapi aku faham perasaan diaa..
aku terbaca satu status di homepage facebook aku..
"Tidak pernah sepanjang cuti semester @ cuti hari raya aku akan genapkan tempoh cuti itu. Selalu saja pulang ke semenanjung awal, disebabkan program dan sebagainya. Bila ibu diberitahu yang aku terpaksa balik awal dan hanya dapat bercuti sebentar, serta merta beliau faham.
Hatta kalau sudah ada di rumah pun, mesti aku akan 'lesap' berhari-hari untuk melunaskan tanggungjawab kepada ummah di Sabah ini. Pernah sekali dalam tempoh sebulan bercuti aku hanya sempat duduk di rumah cuma 3 hari! Selebihnya menadah ilmu di pondok, program universiti dan bermusafir.
Syukur ya Allah aku dikurniakan ibu dan ayah yang penyayang dan memahami. Jika diturut jarak, akulah yang paling jauh dan sukar sekali untuk pulang ke kampung. Kadang bila melihat kawan-kawan pulang bercuti, terasa galau di hati lantas menelefon ibu di rumah. Pesan ibu mudah saja, "ndak apalah, duduk saja di sana, ndak payah telampau fikir mau balik. Jimat-jimat sikit duit tu."
Ibu dan ayah ku tidak pernah mengeluh. Tidak pernah. Ibu selalu melafaz kalimat yang menjadi pegangan, "baik-baik saja, take care sayang." Nampak simple tapi bagiku cukup punya makna yang dalam.
Ku terus doakan moga ibu dan ayahku kekal berada dalam rahmat Allah Taala. Ahh indahnya hidup berjuang :)"
sayu nya hati bila baca status seorang sahabat.. pernah ada seorang kawan cerita pada aku tentang dia.. tak sangka bila time cuti dia mengaji di pondok.. aku ingat kawan aku tu tipu...
ok.. kagum dengan dia.. tabah nya dia.. aku tak setabah dia.. kalau aku,, mesti dah balik sabah every sem break...
come on aisha! jgn sedih pepagi ni... know what,, ari tuh faizal citer kat aku pasal arwah ayah dia.. sedih bak hang.. time tu aku kat surau.. ekin n jannah tgok aku nangis.. mcm gampang.. senang betul aku nak nangis. cerita lah apa pon tntg ibu n ayah,, aku akan sewenang wenang nya menangis.. tak kira lah citer tu tipu ke... betul ke..
I LOVE YOU |MAK| ABAH|ABANG|KAKAK|
Older Post | Newer Post