//TAKE MY HEART
apa itu santau
Friday, October 26, 2012 @ 9:07 PM | 0 Comment [s]


Santau terbahagi kepada dua:
1. Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata- mata, tanpa melibatkan iblis dan syaitan.
2.Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.

Umumnya tujuan utama santau dikenakan kepada mangsanya adalah seperti yang berikut:
1.Untuk membalas dendam atau hasad dengki kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana perselisihan faham antara orang tertentu dengan mangsanya. Oleh sebab itu mangsa tersebut perlu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian, ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu seperti sebulan atau dua bulan tanpa dapat dikesan puncanya.
2. Semata-mata kerana hendak menguji ketahan batin seseorang. Seorang pendatang baru di satu tempat yang dirasakan mempunyai kedudukan, atau seseorang yang merawat pesakit secara tradisional mungkin akan mengalami dugaan seperti ini untuk menguji ketahanan batinnya. Dalam hubungan ini, permusuhan antara dua pihak sebenarnya tidak ada. Mereka mungkin tidak pernah bertegur sapa atau berkenalan sebelum itu. Mungkin mereka hanya setakat pernah berjumpa sahaja.
4. Untuk menguji kekuatan santau yang dimiliki. kadang-kadang dilakukan oleh mereka yang sama-sama mempunyai ilmu santau. (aku pon tak tau kenapa dari 2 ke 4.. sebb ni copy n paste.)
5. Membuang santau. Santau puja atau santau angin perlu dibuang pada masa-masa tertentu. Kalau tidak, santau yang di dalarn simpanan seseorang mungkin akan rnemakan tuannya atau keluarganya. Dalam keadaan yang seumpama ini, santau perlu dibuang tanpa niat mengenakan orang tertentu atau berpunca daripada permusuhan.
Jari-jari yang dicelupkan sedikit dalam santau dan dijentikkan, mungkin boleh terkena kepada orang yang sedang makan atau minum di hadapan orang yang membuangnya tadi sekiranya angin bertiup ke arah mereka. Begitu juga pembuangan santau yang dilakukan dengan meletakkannya di sapu tangan. Dalam keadaan ini, orang yang tidak berdosa dan tidak bermusuh dengan orang yang mempunyai santau mungkin menjadi mangsa termasuk kanak-kanak.
6. Santau dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga. Pada zaman dahulu kekuatan ilmu batin yang dimiliki oleh seseorang menjadikannya ditakuti dan disegani oleh orang lain termasuk musuhnya. Ilmu batin tersebut termasuklah ilmu santau.

Tanda-tanda Terkena Santau

Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.
Pesakit mungkin akan terus menderita, tekak gatal dan perit. Batuk mungkin mula menyerang pada pukul dua malam hingga pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan demam. Ada pendapat mengatakan santau yang dicampur dengan minyak dagu menyebabkan mangsa tidak boleh tidur malam, rasa gelisah; tidur tidak boleh, bangun rasa serba salah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.
Tidak ada jarak tertentu antara masa seseorang termakan santau dengan batuk ini. Walaupun demikian, santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Akibat kesan yang terjadi secara mengejut inilah menyebabkan ramai orang mengatakan bahawa antara santau dengan racun tidak berbeza.
Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.
Dia juga mungkin berasa sakit pinggang, yang mungkin berpunca akibat serangan santau pada buah pinggang atau akibat tekanan batuk yang kuat dan berpanjangan. Dalam keadaan demikian pesakit akan barasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Apabila kesan santau itu sampai ke tahap ini, selera makan akan menjadi kurang menyebabkan badan begitu kurus dan pucat. Kesan penderitaan yang berlarutan dan kurang selera makan menyebabkan seseorang mudah pucat, letih dan menjadi kurang aktif.
Daya ingatan mangsa santau mungkin menjadi lemah beberapa tahun selepas itu, mungkin setelah lima atau enam tahun dari tarikh mangsa termakan santau. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan. Sesetengah santau tidak menyebabkan kurang daya ingatan. Proses ini berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh mangsa yang berkenaan, juga oleh orang lain.
Kesan santau boleh menyebabkan tabiat asal seseorang berubah. Yang penyabar mungkin menjadi pemarah atau panas baran. Penderitaan yang berpanjangan akan menyebabkan pesakit hilang seri muka. Pesakit juga mungkin akan,mengalami sakit di bahagian tengkuk. Selain tanda perubahan fizikal di atas, dada orang yang sakit teruk dan lama menderita akibat santau akan menjadi sedikit bongkok dan tidak bidang seperti biasa. Manakala kedua-dua bahunya akan lebih bertaup ke hadapan. Ini terjadi akibat tarikan batuk yang dideritainya.
Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.
Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian in boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

aku amek petikan ni dari 
http://www.urutbatinrawatsihir.com/2009/06/sihir-santau.html



Older Post | Newer Post

Hye. Leave your footstep at my cbox. Please don't REMOVE CREDITS!. Replace this with your stupid welcome note. Thanks for visiting my blog.


Story About Stuff Links





Open Cbox


This template was created by aishawahid. Please inform me if I use your artwork but I did'nt mention your name. Thank You all for helping me :D Best view in Google Chrome only.